Syekh Muhammad bin 'Abdul Wahab

Beliau adalah Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi al-Hambali an-Najdi.
Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab dilahirkan pada tahun 1115 H (1701 M) di kampung 'Uyainah (Najd), lebih kurang 70 km arah barat laut kota Riyadh, ibukota Arab Saudi sekarang. Najd inilah tempat yang bakal melahirkan fitnah besar sebagaimana yang dijelaskan dalam banyak hadith-hadith Rasulullah. Najd juga menjadi tempat sinonim dengan para khawarij pada zaman-zaman awal Islam. Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H (1793 M) dalam usia 92 tahun, setelah mengabdikan diri selama lebih 46 tahun dalam memangku jawatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi .
Tentang Najd, Nabi Muhammas s.a.w pernah meramalkannya: “(Nabi s a w berdo'a) Ya Allah, berikan kami barakah dalam negara Syam dan Yaman, para sahabat berkata : Dan dari Najd, wahai Rasulullah, beliau berdo'a: Ya Allah, berikan kami barakah dalam negara Syam dan Yaman, dan pada yang ketiga kalinya beliau SAW bersabda : Di sana (Najd) akan ada kegoncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan . (Shahih Bukhari)
Nabi Muhammad saw berkata secara spesifik- Yaman dan Syam adalah nama negeri, maka Najd juga adalah nama negeri, iaitu tempat kelahiran Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Dan banginda telah maklumkan bahawa di Najd tidak barakah kerana akan munculnya fitnah dan tanduk syaitan.
Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab berkembang dan dibesarkan dalam kalangan keluarga terpelajar. Ayahnya adalah ketua jabatan agama setempat. Sedangkan datuknya adalah seorang qadhi (mufti besar), tempat di mana masyarakat Najd menanyakan segala sesuatu masalah yang bersangkutan dengan agama. Oleh kerana itu, kita tidaklah hairan apabila kelak beliau juga menjadi seorang ulama seperti ahli keluarganya.
Sebagaimana lazimnya keluarga ulama, maka Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab sejak masih kanak-kanak telah dididik dan ditempa jiwanya dengan pendidikan agama, yang diajar sendiri oleh ayahnya, Tuan Syeikh 'Abdul Wahab.
Sejak kecil lagi Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab sudah kelihatan tanda-tanda kecerdasannya. Beliau tidak suka membuang masa dengan sia-sia seperti kebiasaan tingkahlaku kebanyakan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Tetapi setelah dewasa si bapa menentang pula pemahaman anaknya setelah dapat melihat dan meramal apa kesudahannya pekerjaan anaknya itu.
Berkat bimbingan kedua ibu bapanya, ditambah dengan kecerdasan otak dan kerajinannya, Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab telah berjaya menghafaz al-Qur'an 30 juz sebelum berusia sepuluh tahun. Ini adalah perkara biasa bagi kebanyakan anak-anak daripada kalangan keluarga ulama ketika itu.
Setelah beliau belajar pada ibu bapanya tentang beberapa bidang pengajian dasar yang meliputi bahasa dan agama, beliau diserahkan oleh ibu bapanya kepada para ulama setempat sebelum dikirim oleh ibu bapanya ke luar daerah.
Tentang ketajaman fikirannya, saudaranya Sulaiman bin 'Abdul Wahab (ketika itu belum menentang Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab) pernah menceritakan begini: "Bahwa Syeikh 'Abdul Wahab merasa sangat kagum atas kecerdasan Muhammad, padahal ia masih di bawah umur. Beliau berkata: 'Sungguh aku telah banyak mengambil manfaat dari ilmu pengetahuan anakku Muhammad, terutama di bidang ilmu Fiqh.'’
Syeikh Muhammad mempunyai daya kecerdasan dan ingatan yang kuat, sehingga apa saja yang dipelajarinya dapat difahaminya dengan cepat sekali, kemudian apa yang telah dihafalnya tidak mudah pula hilang dalam ingatannya.
Setelah mencapai usia dewasa, Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab diajak oleh ayahnya untuk bersama-sama pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima - mengerjakan haji di Baitullah. Dan manakala telah selesai menunaikan ibadah haji, ayahnya terus kembali ke kampung halamannya. Adapun Muhammad, ia tidak pulang, tetapi terus tinggal di Mekah selama beberapa waktu, kemudian berpindah pula ke Madinah untuk melanjutkan pengajiannya di sana.
Selama berada di Madinah, beliau sangat prihatin menyaksikan ramai umat Islam tempatan maupun penziarah dari luar kota Madinah yang telah melakukan perbuatan-perbuatan tidak senonoh dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya Muslim. Beliau melihat ramai umat yang berziarah ke maqam Nabi maupun ke maqam-maqam lainnya untuk memohon syafaat, bahkan meminta sesuatu hajat pada kuburan maupun penghuninya, yang mana hal ini sama sekali tidak dibenarkan oleh agama Islam. Apa yang disaksikannya itu menurut Syeikh Muhammad adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Kesemua inilah yang semakin mendorong Syeikh Muhammad untuk lebih mendalami pengkajiannya tentang ilmu ketauhidan yang murni, yakni, aqidah salafiyah. Bersamaan dengan itu beliau berjanji pada dirinya sendiri, bahwa pada suatu ketika nanti, beliau akan mengadakan perbaikan (islah) dan pembaharuan (tajdid) dalam masalah yang berkaitan dengan ketauhidan, iaitu mengembalikan aqidah umat kepada sebersih-bersihnya tauhid yang jauh dari khurafat, tahyul dan bid'ah. Untuk itu, beliau mesti mendalami benar-benar tentang aqidah ini melalui kitab-kitab hasil karya ulama-ulama besar di abad-abad yang silam. Cita-citanya ini memang baik tetapi perjalanannya untuk emncapai cita-cita ini mengahsilkan sesatu yang buruk, bahkan lebih buruk lagi selepas kematiannya.
Di antara karya-karya ulama terdahulu yang paling terkesan dalam jiwanya adalah karya-karya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah. Setelah beberapa lama menetap di Mekah dan Madinah, kemudian beliau berpindah ke Basrah. Di sini beliau bermukim lebih lama, sehingga banyak ilmu-ilmu yang diperolehinya, terutama di bidang hadith dan musthalahnya, fiqh dan usul fiqhnya, gramatika (ilmu qawa'id) dan tidak ketinggalan pula lughatnya semua.
Lengkaplah sudah ilmu yang diperlukan oleh seorang yang pintar yang kemudian dikembangkan sendiri melalui self-study (belajar sendiri) sebagaimana lazimnya para ulama besar Islam mengembangkan ilmu-ilmunya. Di mana bimbingan guru hanyalah sebagai modal dasar yang selanjutnya untuk dapat dikembangkan dan digali sendiri oleh yang bersangkutan.
Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab memulai dakwahnya di Basrah, tempat di mana beliau bermukim untuk menuntut ilmu ketika itu. Akan tetapi dakwahnya di sana kurang berjaya, kerana menemui banyak rintangan dan halangan dari kalangan para ulama setempat terutama kerana sikapnya yang mahu cepat mencapai kejayaan, tidak sanggup untuk beransur-ansur.
Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab bersama pendukungnya mendapat tentangan daripada para ulama, apabila beliau masih bersikap keras kepala maka para ulama mencadangkan agar beliau ditangkap. Akhirnya beliau meninggalkan Basrah dan mengembara ke beberapa negeri Islam untuk memperluaskan ilmu dan pengalamannya.
Di samping mempelajari keadaan negeri-negeri Islam yang berjiran, demi kepentingan dakwahnya di masa akan datang, dan setelah menjelajahi beberapa negeri Islam, beliau lalu kembali ke al-Ihsa menemui gurunya Syeikh Abdullah bin 'Abd Latif al-Ihsai untuk mendalami beberapa bidang pengajian tertentu yang selama ini belum sempat didalaminya.
Di sana beliau bermukim untuk beberapa waktu, dan kemudian beliau kembali ke kampung asalnya Uyainah, tetapi tidak lama kemudian beliau menyusul orang tuanya yang merupakan bekas ketua jabatan urusan agama Uyainah ke Haryamla, iaitu suatu tempat di daerah Uyainah juga.
Adalah dikatakan bahwa di antara orang tua Syeikh Muhammad dan pihak berkuasa Uyainah berlaku perselisihan pendapat, yang oleh kerana itulah orang tua Syeikh Muhammad terpaksa berhijrah ke Haryamla pada tahun 1139.
Setelah perpindahan ayahnya ke Haryamla kira-kira setahun, barulah Syeikh Muhammad menyusulnya pada tahun 1140 H. Kemudian, beliau bersama bapanya itu mengembangkan ilmu dan mengajar serta berdakwah selama lebih kurang 13 tahun lamanya, sehingga bapanya meninggal dunia di sana pada tahun 1153.
Setelah tiga belas tahun menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar di Haryamla, beliau mengajak pihak berkuasa setempat untuk bertindak tegas terhadap kumpulan penjahat yang selalu melakukan rusuhan, rampasan, rompakan serta pembunuhan. Maka kumpulan tersebut tidak senang kepada Syeikh Muhammad, lalu mereka mengancam hendak membunuhnya. Syeikh Muhammad terpaksa meninggalkan Haryamla, berhijrah ke Uyainah tempat bapanya dan beliau sendiri dilahirkan.
Keadaan negeri Najd, Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan tauhid amatlah buruknya. Krisis aqidah dan akhlak serta merosotnya tata nilai sosial, ekonomi dan politik sudah mencapai titik kemuncak. Semua itu adalah akibat penjajahan bangsa Turki yang berpanjangan terhadap bangsa dan Jazirah Arab, di mana tanah Najd dan Hijaz adalah termasuk jajahannya, di bawah penguasaan Sultan Muhammad Ali Pasya yang dilantik oleh Khalifah di Turki (Istanbul) sebagai Gabenor Jeneral untuk daerah koloni di kawasan Timur Tengah, yang berkedudukan di Mesir.
Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu mempunyai daerah kekuasaan yang cukup luas. Pemerintahannya berpusat di Istanbul (Turki), yang begitu jauh dari daerah jajahannya. Kekuasaan dan pengendalian khalifah maupun sultan-sultannya untuk daerah yang jauh dari pusat, sudah mulai lemah dan kendur disebabkan oleh kekacauan di dalam negeri dan kelemahan di pihak khalifah dan para sultannya. Di samping itu, adanya cita-cita dari amir-amir di negeri Arab untuk melepaskan diri dari kekuasaan pemerintah pusat yang berkedudukan di Turki.
Ditambah lagi dengan hasutan dari bangsa Barat, terutama penjajah tua iaitu British dan Perancis yang menghasut bangsa Arab dan umat Islam supaya berjuang merebut kemerdekaan dari bangsa Turki, hal mana sebenarnya hanyalah tipudaya untuk memudahkan kaum penjajah tersebut menanamkan pengaruhnya di kawasan itu, kemudian mencengkamkan kuku penjajahannya di dalam segala lapangan, seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan aqidah. Malangnya nanti Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab juga terjerumus menjadi salah satu faktor yang mempercepatkan lagi jatuhnya kekhalifahan Islam.
Masyarakat Muslim lebih banyak berziarah ke kuburan atau maqam-maqam keramat dengan segala macam munajat dan tawasul yang tidak mengikut lunas-lunas sebenar kerana kurang kefahaman dan ilmu, serta pelbagai doa dialamatkan kepada maqam dan penghuninya, dibandingkan dengan mereka yang datang ke masjid untuk solat dan munajat kepada Allah SWT. Demikianlah kebodohan umat Islam hampir merata di seluruh negeri, sehingga di mana-mana maqam yang dianggap keramat, maqam itu dibina bagaikan bangunan masjid, malah lebih mewah daripada masjid, kerana dengan mudah saja dana mengalir dari mana-mana, terutama biaya yang diperolehi dari setiap pengunjung yang berziarah ke sana, atau memang adanya tajaan dari orang yang membiayainya di belakang tabir, dengan maksud-maksud tertentu. Seperti dari imperalis British yang berdiri di belakang tabir maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani di India misalnya. Tetapi dewasa ini pihak Barat sudah tidak menggunakan kaedah ini lagi sebaliknya mereka berusaha agar umat Islam sendiri menghapuskan segala kesan-kesan peninggalan Islam dengan berselindung di sebalik dakwah kaum Wahabi, kononnya semua tinggalan itu bakal mengundang kesyirikan dan kekafiran. Padahal dalam mengerjakan ibadah haji, pelbagai kesan tinggalan sejarah silam dijadikan tempat-tempat beribadah.
Di tengah-tengah keadaan yang sedemikian rupa, maka muncullah Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab (al-Wahabi) dari 'Uyainah (Najd) kononnya sebagai mujaddid Islam terbesar abad ke 12 Hijriyah, sebagaimana kemunculan Ibnu Taimiyah pada abad ke 7 Hijriyah.
Nada perjuangan mereka hampir-hampir sama, iaitu kononnya mengadakan pentajdidan dalam aspek aqidah, walau masanya berbeza, iaitu kedua-duanya tampil untuk memperbaharui agama Islam yang sudah mulai tercemar dengan bid'ah, khurafat dan tahyul yang sedang melanda Islam dan kaum Muslimin. Menghadapi hal ini Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab telah menyusun barisan Muwahhidin versinya yang berpegang kepada pemurnian tauhid. Bagi para lawannya, iaitu para ulama Ahli Sunnah Wal jamaah pergerakan ini mereka sebut Wahabiyin iaitu gerakan Wahabiyah. Ini langkah bijak para ulama untuk mengelakkan umat Islam daripada dikelirukan dengan “nama”. Sebab itu ditegah daripada memanggil mereka sebagai Muwahhidun ataupu Muhammadiyyah (sempena nama Syeikh Muhammad).
Dalam pergerakan tersebut tidak sedikit rintangan dan halangan yang dilalui. Seringkali Tuan Syeikh terpaksa melakukan tindakan kekerasan apabila dakwahnya tidak diterima dengan cara yang lembut.
Muhammad bin 'Abdul Wahab memulakan pergerakan di kampungnya sendiri iaitu Uyainah. Di waktu itu Uyainah diperintah oleh seorang amir (penguasa) bernama Amir Uthman bin Mu'ammar. Amir Uthman menyambut baik idea dan gagasan Syeikh Muhammad itu dengan sangat gembira, dan beliau berjanji akan menolong perjuangan tersebut sehingga mencapai kejayaan.
Syahdan; pada suatu hari, Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab meminta izin pada Amir Uthman untuk menghancurkan sebuah bangunan yang dibina di atas maqam Zaid bin al-Khattab. Zaid bin al-Khattab adalah saudara kandung Umar bin al-Khattab, Khalifah Rasulullah yang kedua. Tuan Syeikh Muhammad mengemukakan alasannya kepada Amir, bahwa menurut hadith Rasulullah SAW, membina sesebuah bangunan di atas kubur adalah dilarang, kerana yang demikian itu akan menjurus kepada kemusyrikan. Amir menjawab: "Silakan... tidak ada seorang pun yang boleh menghalang rancangan yang mulia ini."
Inilah antara kesilapan besar Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Dia tersilap apabila menyangkakan bahawa yang meroskakkan manusia adalah binaan di atas kubur, padahal yang merosakkan manusia adalah sifat-sifat mazmumah dalam diri mereka. Yang mesti diperbaiki terlebih dahulu adalah hati-hati manusia, bukannya kuburan-kuburan. Oleh kerana Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab kurang pengetahuan dalam ilmu tasauf (iaitu ubat bagi penyakit-penyakit jiwa), malah dia sering memusuhinya, maka dia lebih cenderung melakukan kekasaran dan kekerasan.
Tuan Syeikh mengajukan pendapat bahwa beliau khuatir masalah itu kelak akan dihalang-halangi oleh ahli jahiliyah (kaum Badwi) yang tinggal berdekatan maqam tersebut. Lalu Amir menyediakan 600 orang tentera untuk tujuan tersebut bersama-sama Syeikh Muhammad merobohkan maqam yang dikeramatkan itu. Alangkah lebih baik kalau disediakan 600 orang pendakwah kepada ahli jahilliyah itu berbanding 600 orang tentera. Mengapa begitu singkat pemikiran mereka tidaklah difahami hingga ke hari ini. Mereka tidak sanggup menunggu untuk mengecap kejayaan.
Sebenarnya apa yang mereka sebut sebagai maqam Zaid bin al-Khattab r.a yang gugur sebagai syuhada' Yamamah ketika menumpaskan gerakan Nabi Palsu (Musailamah al-Kazzab) di negeri Yamamah suatu waktu dulu, hanyalah berdasarkan prasangka belaka. Kerana di sana terdapat puluhan syuhada' (pahlawan) Yamamah yang dikebumikan tanpa jelas lagi pengenalan mereka. Boleh jadi yang mereka anggap maqam Zaid bin al-Khattab itu adalah maqam orang lain.
Tetapi oleh kerana masyarakat tempatan di situ telah terlanjur beranggapan bahwa itulah maqam beliau, mereka pun mengkeramatkannya dan membina sebuah masjid di tempat itu, yang kemudian dihancurkan pula oleh Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab atas bantuan Amir Uyainah, Uthman bin Mu'ammar.
Syeikh Muhammad tidak berhenti setakat di sana, akan tetapi semua maqam-maqam yang dipandang merbahaya bagi aqidah ketauhidan, yang dibina seperti masjid yang pada ketika itu berselerak di seluruh wilayah Uyainah turut diratakan semuanya. Hal ini adalah untuk mencegah agar jangan sampai dijadikan objek peribadatan oleh masyarakat Islam tempatan yang sudah mulai nyata kejahiliyahan dalam diri mereka.
Sebahagian masyarakat Uyainah dan sekelilingnya menilai gerakan Tuan Syeikh Ibnu 'Abdul Wahab ini sebagai suatu perkara yang mendatangkan kebaikan. Namun, beberapa kalangan tertentu menilai pergerakan Tuan Syeikh itu sebagai suatu perkara yang negatif dan boleh membahayakan kedudukan mereka. Di antara yang beranggapan sangsi seperti itu adalah Amir (pihak berkuasa) wilayah al-Ihsa' (suku Badwi) dengan para pengikut-pengikutnya dari Bani Khalid Sulaiman bin Ari'ar al-Khalidi. Mereka adalah suku Badwi yang terkenal berhati keras, suka merampas, merompak dan membunuh. Pihak berkuasa al-Ihsa' khuatir kalau pergerakan Syeikh Muhammad tidak dipatahkan secepat mungkin, sudah pasti wilayah kekuasaannya nanti akan direbut oleh pergerakan tersebut.
Maka Amir Badwi ini menulis sepucuk surat kepada Amir Uyainah yang isinya mengancam pihak berkuasa Uyainah. Adapun isi ancaman tersebut ialah:" apabila Amir Uthman tetap membiarkan dan mengizinkan Syeikh Muhammad terus berdakwah dan bertempat tinggal di wilayahnya, serta tidak mau membunuh Syeikh Muhammad, maka semua cukai dan ufti wilayah Badwi yang selama ini dibayar kepada Amir Uthman akan diputuskan (ketika itu wilayah Badwi tertakluk di bawak kekuasaan pemerintahan Uyainah)."
Jadi, Amir Uthman dipaksa untuk memilih dua pilihan, membunuh Tuan Syeikh atau suku Badwi itu menghentikan pembayaran ufti. Ancaman ini amat mempengaruhi fikiran Amir Uthman, kerana ufti dari wilayah Badwi sangat besar ertinya baginya. Adapun cukai yang mereka terima adalah terdiri dari emas tulin. Di sinilah dapat kita fahami sejauhmana kredibiliti Amir Unaiyah terhadap agama sebenarnya. Apa masalahnya kalau dia membiarkan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di wilayahnya, kerana bukan pihak Badwi hendak menyerang pun, cuma memutuskan pembayaran ufti-harta dunia. Patutlah dia menyokong segala tindakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, rupanya sokongan itu bukanlah atas dasar kefahaman agama kerana ternyata dia tidak berfahaman agama.
Terdesak oleh tuntutan tersebut, terpaksalah Amir Uyainah memanggil Syeikh Muhammad untuk diajak berunding bagaimanakah mencari jalan keluar dari ancaman tersebut. Soalnya, dari pihak Amir Uthman tidak pernah sedikit pun terfikir untuk mengusir Tuan Syeikh dari Uyainah, apatah lagi untuk membunuhnya. Tetapi, sebaliknya dari pihaknya pula akan mengalami kerugian besar kerana kehilangan ufti. Maka, Amir Uthman meminta kepada Tuan Syeikh Muhammad supaya dalam hal ini demi keselamatan bersama dan untuk menghindari daripada tumpahnya darah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, sebaik-baiknya Tuan Syeikh bersedia mengalah untuk meninggalkan negeri Uyainah. Tuan Syeikh menjawab seperti berikut): "Tuan Amir! Sebenarnya apa yang aku sampaikan dari dakwahku, tidak lain adalah DINULLAH (agama Allah), dalam rangka melaksanakan kandungan LA ILAHA ILLALLAH - Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah. Maka barangsiapa berpegang teguh pada agama dan membantu pengembangannya dengan ikhlas dan yakin, pasti Allah akan menghulurkan bantuan dan pertolonganNya kepada orang itu, dan Allah akan membantunya untuk dapat menguasai negeri-negeri musuhnya. Saya berharap kepada Tuan Amir supaya bersabar dan tetap berpegang terhadap pegangan kita bersama dulu, untuk sama-sama berjuang demi tegaknya kembali Dinullah di negeri ini. Mohon sekali lagi Tuan Amir menerima ajakan ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi pertolongan kepada Tuan dan menjaga Tuan dari ancaman Badwi itu, begitu juga dengan musuh-musuh Tuan yang lainnya. Dan Allah akan memberi kekuatan kepada Tuan untuk melawan mereka agar Tuan dapat mengambil alih daerah Badwi untuk sepenuhnya menjadi daerah Uyainah di bawah kekuasaan Tuan."
Jelas di sini Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab cuba menyogokkan daerah kekuasaan yang besar kepada Amir Uyainah (tetapi usaha ini tidak berhasil. Cara yang sama juga digunakannya untuk memikat hati Bani Saud supaya menyokong dakwahnya di kemudian hari, dan dia berjaya), Setelah bertukar fikiran di antara Tuan Syeikh dan Amir Uthman, tampaknya pihak Amir tetap pada pendiriannya, iaitu mengharapkan agar Tuan Syeikh meninggalkan Uyainah secepat mungkin.
Sesampainya Syeikh Muhammad di sebuah kampung wilayah Dar'iyah, yang tidak berapa jauh dari tempat kediaman Amir Muhammad bin Saud (pemerintah negeri Dar'iyah), Ketika itu kekuasaan Uthmaniyah mulai kendur, maka puak-puak Badwi semakin memisahkan diri. Antara puak-puak ini Bani Saudlah yang paling bercita-cita tinggi, iaitu bukan sahaja untuk melepaskan diri daripada kekhalifahan islam, tetapi juga untuk menakluk puak-puak yang lain.
Tuan Syeikh menemui seorang penduduk di kampung itu, orang tersebut bernama Muhammad bin Sulaim al-'Arini. Bin Sulaim ini adalah seorang yang dikenal soleh oleh masyarakat tempatan.Tuan Syeikh meminta izin untuk tinggal bermalam di rumahnya sebelum ia meneruskan perjalanannya ke tempat lain.
Pada mulanya ia ragu-ragu menerima Tuan Syeikh di rumahnya, kerana suasana Dar'iyah dan sekelilingnya pada waktu itu tidak tenteram, menyebabkan setiap tetamu yang datang hendaklah melapor diri kepada pihak berkuasa tempatan. Namun, setelah Tuan Syeikh memperkenalkan dirinya serta menjelaskan maksud dan tujuannya datang ke negeri Dar'iyah, iaitu hendak menyebarkan dakwah Islamiyah dan membenteras kemusyrikan, barulah Muhammad bin Sulaim ingin menerimanya sebagai tetamu di rumahnya.
Sesuai dengan peraturan yang wujud di Dar'iyah di kala itu, yang mana setiap tetamu hendaklah melaporkan diri kepada pihak berkuasa tempatan, maka Muhammad bin Sulaim menemui Amir Muhammad untuk melaporkan tetamunya yang baru tiba dari Uyainah dengan menjelaskan maksud dan tujuannya kepada beliau.

Kononnya, ada riwayat yang mengatakan; bahwa seorang soleh datang menemui isteri Amir Ibnu Saud, ia berpesan untuk menyampaikan kepada suaminya, bahwa ada seorang ulama dari Uyainah yang bernama Muhammad bin 'Abdul Wahab hendak menetap di negerinya. Beliau hendak menyampaikan dakwah Islamiyah dan mengajak masyarakat kepada sebersih-bersih tauhid. Ia meminta agar isteri Amir Ibnu Saud memujuk suaminya supaya menerima ulama tersebut agar dapat menjadi warga negeri Dar'iyah serta mau membantu perjuangannya dalam menegakkan agama Allah.
Isteri Ibnu Saud ini sebenarnya adalah seorang wanita yang soleh. Maka, tatkala Ibnu Saud mendapat giliran ke rumah isterinya ini, si isteri menyampaikan semua pesan-pesan itu kepada suaminya.

Akhirnya, baginda Ibnu Saud dapat diyakinkan oleh isterinya yang soleh itu. Namun, baginda bimbang sejenak. Ia berfikir apakah Tuan Syeikh itu dipanggil datang mengadapnya, ataukah dia sendiri yang harus datang menjemput Tuan Syeikh, untuk dibawa ke tempat kediamannya? Baginda pun meminta pandangan dari beberapa penasihatnya, terutama iserinya sendiri, tentang bagaimanakah cara yang lebih baik harus dilakukannya.

Isterinya dan para penasihatnya yang lain sepakat bahwa sebaik-baiknya dalam hal ini, baginda sendiri yang harus datang menemui Tuan Syeikh Muhammad di rumah Muhammad bin Sulaim. Kerana ulama itu didatangi dan bukan ia yang datang, al-'alim Yuraru wala Yazuru.'' Maka baginda dengan segala kerendahan hatinya mempersetujui nasihat dan isyarat dari isteri maupun para penasihatnya.

Maka pergilah baginda bersama beberapa orang pentingnya ke rumah Muhammad bin Sulaim, di mana Tuan Syeikh Muhammad bermalam.Sesampainya baginda di rumah Muhammad bin Sulaim; di sana Tuan Syeikh bersama tuan punya rumah sudah bersedia menerima kedatangan Amir Ibnu Saud. Amir Ibnu Saud memberi salam dan keduanya saling merendahkan diri, saling menghormati

Amir Ibnu Saud berkata:
"Ya Tuan Syeikh! Bergembiralah tuan di negeri kami, kami menerima dan menyambut kedatangan Tuan di negeri ini dengan penuh gembira. Dan kami berikrar ntuk menjamin keselamatan dan keamanan Tuan Syeikh di negeri ini dalam menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat Dar'iyah. Demi kejayaan dakwah Islamiyah yang Tuan Syeikh rencanakan, kami dan seluruh keluarga besar Ibnu Saud akan mempertaruhkan nyawa dan harta untuk bersama-sama Tuan Syeikh berjuang demi meninggikan agama Allah dan menghidupkan sunnah RasulNya sehingga Allah memenangkan perjuangan ini, Insya Allah!"

Kemudian Tuan Syeikh menjawab:
"Alhamdulillah, tuan juga patut gembira, dan Insya Allah negeri ini akan diberkati Allah SWT. Kami ingin mengajak umat ini kepada agama Allah. Siapa yang menolong agama ini, Allah akan menolongnya. Dan siapa yang mendukung agama ini, niscaya Allah akan mendukungnya. Dan Insya Allah kita akan melihat kenyataan ini dalam waktu yang tidak begitu lama."

Demikianlah seorang Amir (penguasa) tunggal negeri Dar'iyah, yang bukan hanya sekadar membela dakwahnya saja, tetapi juga sekaligus membela darahnya bagaikan saudara kandung sendiri, yang bererti di antara Amir dan Tuan Syeikh sudah bersumpah setia sehidup semati, senasib dan seperuntungan, dalam menegakkan hukum Allah dan RasulNya di persada tanah Dar'iyah.

Ternyata apa yang diikrarkan oleh Amir Ibnu Saud itu benar-benar ditepatinya. Ia bersama Tuan Syeikh seiring sejalan, bahu membahu dalam menegakkan kalimah Allah, dan berjuang di jalanNya. Sehingga cita-cita dan perjuangan mereka disampaikan Allah dengan penuh kemenangan yang gilang-gemilang.

Sebagai balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan khabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan dimeterai. Penduduk Dar`iyyah mendokongnya sehingga akhirnya Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau memorandum persefahaman (`aqd al-Ittifaqiyyah). Dengan pakatan ini, dendam Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab kepada puak-puak Badwi dan orang-orang yang mengusirnya dahulu boleh dibalas kerana Bani saud mempunyai tentera yang kuat.

Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan:
“ Penduduk Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kepayahan, mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka ... Aku lihat kesempitan hidup mereka pada kali pertama tetapi kemudian aku lihat al-Dar`iyyah selepas itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang banyak dan senjata disaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain lagi daripada sumber-sumber kekayaan sehinggakan lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu dihuraikan.”

“ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di satu pihak lagi, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli ...”

Harta yang banyak itu tidak diketahui datang dari mana, dan Ibn Basyr al-Najdi sendiri tidak mendedahkan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya daripada serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membahagi-bahagikannya kepada penduduk Dar`iyyah.

Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan daripada umat Islam yang meninggalkannya. Ada ketikanya, dia membahagikannya di antara 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima habuannya daripada ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd al-Wahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seumpama mu`amalah kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka.

Sejak hijrahnya Tuan Syeikh ke negeri Dar'iyah, kemudian melancarkan dakwahnya di sana, maka masyarakat luar Dar'iyah datang dari penjuru Jazirah Arab. Di antara lain dari Uyainah, Urgah, Manfuhah, Riyadh dan negeri-negeri jiran yang lain, menuju Dar'iyah untuk menetap dan bertempat tinggal di negeri hijrah ini, sehingga negeri Dar'iyah penuh sesak dengan kaum muhajirin dari seluruh pelusuk tanah Arab.

Nama Tuan Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab dengan ajaran-ajarannya itu sudah begitu popular di kalangan masyarakat, baik di dalam negeri Dar'iyah maupun di luar negerinya, sehingga ramai para penuntut ilmu datang berbondong-bondong, baik secara perseorangan maupun secara berkumpulan ke negeri Dar'iyah.

Maka menetaplah Tuan Syeikh di negeri Hijrah ini dengan penuh kebesaran, kehormatan dan ketenteraman serta mendapat sokongan dan kecintaan dari semua pihak.
Beliau pun mula membuka madrasah dengan menggunakan kurikulum yang menjadi teras bagi rencana perjuangan beliau, iaitu bidang pengajian 'aqaid al-Qur'an, tafsir, fiqh, usul fiqh, hadith, musthalah hadith, gramatika (nahu/saraf)nya serta lain-lain lagi dari ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Di samping pendidikan formal (madrasah), diadakan juga dakwah serata, yang bersifat terbuka untuk semua lapisan masyarakat umum, begitu juga majlis-majlis ta'limnya.
Gema dakwah beliau begitu membahana di seluruh pelusuk Dar'iyah dan negeri-negeri jiran yang lain. Kemudian, Tuan Syeikh mula menegakkan jihad, menulis surat-surat dakwahnya kepada tokoh-tokoh tertentu untuk bergabung dengan barisan Muwahhidin yang dipimpin oleh beliau sendiri. Hal ini dalam rangka pergerakan pembaharuan tauhid demi membasmi syirik, bid'ah dan khurafat di negeri mereka masing-masing.

Untuk langkah awal pergerakan itu, beliau memulakannya di negeri Najd. Beliau pun mula mengirimkan surat-suratnya kepada ulama-ulama dan penguasa-penguasa di sana
Tuan Syeikh menempuh pelbagai macam dan cara, dalam menyampaikan dakwahnya, sesuai dengan keadaan masyarakat yang dihadapinya. Di samping berdakwah melalui lisan, beliau juga tidak mengabaikan dakwah secara pena dan pada saatnya juga jika perlu beliau berdakwah dengan besi (pedang).

Maka Tuan Syeikh mengirimkan suratnya kepada ulama-ulama Riyadh dan para umaranya, yang pada ketika itu adalah Dahkan bin Dawwas. Surat-surat itu dikirimkannya juga kepada para ulama Khariq dan penguasa-penguasa, begitu juga ulama-ulama negeri Selatan, seperti al-Qasim, Hail, al-Wasyim, Sudair dan lain-lain lagi. Beliau terus mengirimkan surat-surat dakwahnya itu ke mana-mana, sama ada ianya dekat ataupun jauh. Semua surat-surat itu ditujukan kepada para umara dan ulama, dalam hal ini termasuklah ulama negeri al-Ihsa', daerah Badwi dan Haramain (Mekah - Madinah). Begitu juga kepada ulama-ulama Mesir, Syria, Iraq, Hindia, Yaman dan lain-lain lagi. Di dalam surat-surat itu, beliau menjelaskan tentang bahaya syirik yang mengancam negeri-negeri Islam di seluruh dunia, juga bahaya bid'ah, khurafat dan tahyul.

Bukanlah bererti bahwa ketika itu tidak ada lagi perhatian para ulama Islam tempatan kepada agama ini, sehingga seolah-olah bagaikan tidak ada lagi yang menguruskan hal ehwal agama. Akan tetapi yang sedang kita bicarakan sekarang adalah ehwal negeri Najd dan sekitarnya.

Demikianlah banyaknya surat-menyurat di antara Tuan Syeikh dengan para ulama di dalam dan luar Jazirah Arab, sehingga menjadi dokumen yang amat berharga sekali. Akhir-akhir ini semua tulisan beliau, baik yang berupa risalah, maupun kitab-kitabnya, sedang dihimpun untuk dicetak dan sebahagian sudah dicetak dan disebarkan ke seluruh pelusok dunia Islam, baik melalui Rabithah al-'alam Islami, maupun terus dari pihak kerajaan Saudi sendiri. Begitu juga dengan tulisan-tulisan dari putera-putera dan cucu-cucu beliau serta tulisan-tulisan para murid-muridnya dan pendukung-pendukungnya yang telah mewarisi ilmu-ilmu beliau. Di masa kini, tulisan-tulisan beliau sudah tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia Islam.

Tapi yang jelasnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab tidak terlebih dahulu mengutus surat dan berbincang dengan pihak Khalifah di Turki. Tindakannya membelakangkan pemerintah Islam ini amat mendukacitakan. Ini membuatkan Tuan Syeikh tidak faham akan sistem pertahanan negara dan keselamatan dunia Islam ketika itu yang sedang diserbu oleh Barat. Akibatnya, gerakan beliau sendiri akhirnya menjadi salah satu punca kehancuran kekhalifahan Islam.

Dengan demikian, jadilah Dar'iyah sebagai pusat penyebaran dakwah kaum Muwahhidin versi Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab yang didukung oleh penguasa Amir Ibnu Saud. Kemudian murid-murid keluaran Dar'iyah pula menyebarkan ajaran-ajaran ini ke seluruh pelusuk negeri dengan cara membuka sekolah-sekolah di daerah-daerah mereka.

Di samping itu, hal ini merupakan suatu pergerakan perubahan besar yang banyak memakan korban manusia maupun harta benda. Kerana pergerakan ini tidak banyak mendapat tentangan dari luar, akan tetapi lebih banyak datangnya dari kalangan umat Islam sendiri, terutama dari tokoh-tokoh agama Islam sendiri iaitu para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun, oleh kerana perlawanan sudah dimulakan dari dalam, maka orang-orang di luar Islam pula, terutama kaum orientalis mendapat angin segar untuk turut campurtangan bagi memperbesarkan lagi perselisihan di antara umat Islam sehingga berlakunya bid'ah membid'ahkan dan malah kafir mengkafirkan. Secara tidak sedar rupanya Wahabi menjadi tunggangan mereka untuk menghancurkan Islam.

Masa-masa tersebut telah pun berlalu. Umat Islam kini sudah sedar tentang apa dan siapa kaum Wahabi hari ini. Dan satu persatu kelemahan dan kesalahan kaum Wahabi mula disedari.
Siapakah Salafiyyah Itu?


Untuk mencapai cita-citanya, Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab telah menempuh pelbagai macam cara. Kadangkala lembut dan kadangkala kasar, sesuai dengan sifat orang yang dihadapinya. Beliau mendapat tentangan dan perlawanan dari kumpulan yang tidak menyenanginya kerana sikapnya yang tegas dan tidak berganjak, sehingga lawan-lawannya membuat tuduhan-tuduhan ataupun pelbagai fitnah terhadap dirinya dan pengikut-pengikutnya. Musuh-musuhnya pernah menuduh bahwa Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab telah melarang para pengikutnya membaca kitab fiqh, tafsir dan hadith. Malahan ada yang lebih kejam lagi, iaitu menuduh Syeikh Muhammad telah membakar beberapa kitab tersebut, serta memperbolehkan mentafsirkan al-Qur'an menurut kehendak hawa nafsu sendiri. Tetapi sebenarnya segala perlakuan ini dilakukan oleh orang yang terikut-ikut dengan dakwah Syeikh tetapi tidak memahaminya betul-betul. Maka segala perbuatan itu mereka nisbahkan kepada Syeikh pula.

Apa yang dituduh dan difitnah terhadap Syeikh Ibnu 'Abdul Wahab oleh orang-orang tertentu itu, telah dijawab dengan tegas oleh seorang pengarang terkenal, iaitu al-Allamah Syeikh Muhammad Basyir as-Sahsawani, dalam bukunya yang berjudul Shiyanah al-Insan di halaman 473 seperti berikut:

"Sebenarnya perihal tuduhan tersebut telah dijawab sendiri oleh Syeikh Ibnu 'Abdul Wahab sendiri dalam suatu risalah yang ditulisnya dan dialamatkan kepada 'Abdullah bin Suhaim dalam pelbagai masalah yang diperselisihkan itu. Di antaranya beliau menulis bahwa semua itu adalah bohong dan kata-kata dusta belaka, seperti dia dituduh membatalkan kitab-kitab mazhab, dan dia mendakwakan dirinya sebagai mujtahid, bukan muqallid."

Kemudian dalam sebuah risalah yang dikirimnya kepada 'Abdurrahman bin 'Abdullah, Muhammad bin 'Abdul Wahab berkata:
"Aqidah dan agama yang aku anut, ialah mazhab ahli sunnah wal jamaah, sebagai tuntunan yang dipegang oleh para Imam Muslimin, seperti Imam-imam Mazhab empat dan pengikut-pengikutnya sampai hari kiamat. Aku hanyalah suka menjelaskan kepada orang-orang tentang pemurnian agama dan aku larang mereka berdoa pada orang yang hidup atau orang mati daripada orang-orang soleh dan lainnya."
Ini jelas kerana ulama-ulama seluruh dunia pun faham bahawa berdoa mestilah kepada Tuhan sahaja, mana boleh memohon doa kepada selain Tuhan.

'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdul Wahab, menulis dalam risalahnya sebagai ringkasan dari beberapa hasil karya ayahnya, Syeikh Ibnu 'Abdul Wahab, seperti berikut:

"bahwa mazhab kami dalam usuluddin (tauhid) adalah mazhab ahlus sunnah wal jamaah, dan cara (sistem) pemahaman kami adalah mengikuti cara Ulama salaf. Sedangkan dalam hal masalah furu' (fiqh) kami cenderung mengikuti mazhab Ahmad bin Hanbal rahimaullah (maksudnya mereka bermazhab, tidak seperti para Wahabi hari ini). Kami tidak pernah mengingkari (melarang) seseorang bermazhab dengan salah satu daripada mazhab yang empat (tidak seperti Wahabi hari ini yang seboleh-bolehnya mahu umat Islam meninggalkan bermazhab). Dan kami tidak mempersetujui seseorang bermazhab kepada mazhab yang luar dari mazhab empat, seprti mazhab Rafidhah, Zaidiyah, Imamiyah dan lain-lain lagi. Kami tidak membenarkan mereka mengikuti mazhab-mazhab yang batil. Malah kami memaksa mereka supaya bertaqlid (ikut) kepada salah satu dari mazhab empat tersebut. Kami tidak pernah sama sekali mengaku bahwa kami sudah sampai ke tingkat mujtahid mutlaq, juga tidak seorang pun di antara para pengikut kami yang berani mendakwakan dirinya dengan demikian. Hanya ada beberapa masalah yang kalau kami lihat di sana ada nas yang jelas, baik dari Qur'an maupun Sunnah, dan setelah kami periksa dengan teliti tidak ada yang menasakhkannya, atau yang mentaskhsiskannya atau yang menentangnya, lebih kuat daripadanya, serta dipegangi pula oleh salah seorang Imam empat, maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami anut, seperti dalam masalah warisan yang menyangkut dengan datuk dan saudara lelaki; Dalam hal ini kami berpendirian mendahulukan datuk, meskipun menyalahi mazhab kami (Hambali)."

Demikianlah bunyi isi tulisan kitab Shiyanah al-Insan, hal. 474. Seterusnya beliau berkata:

"Adapun yang mereka fitnah kepada kami, sudah tentu dengan maksud untuk menutup-nutupi dan menghalang-halangi yang hak, dan mereka membohongi orang ramai dengan berkata: 'bahwa kami suka mentafsirkan Qur'an dengan selera kami, tanpa mengendahkan kitab-kitab tafsirnya (tapi Wahabi hari ini kebanyakannya menggunakan tafsir Ibnu Katsir sahaja). Dan kami tidak percaya kepada ulama, menghina Nabi kita Muhammad SAW' dan dengan perkataan 'bahwa jasad Nabi SAW itu buruk di dalam kuburnya. Dan bahwa tongkat kami ini lebih bermanfaat daripada Nabi, dan Nabi itu tidak mempunyai syafaat.

Dan ziarah kepada kubur Nabi itu tidak sunat, Nabi tidak mengerti makna "La ilaha illallah" sehingga perlu diturunkan kepadanya ayat yang berbunyi: "Fa'lam annahu La ilaha illallah," dan ayat ini diturunkan di Madinah.

Dituduhnya kami lagi, bahwa kami tidak percaya kepada pendapat para ulama. Kami telah menghancurkan kitab-kitab karangan para ulama mazhab, kerana di dalamnya bercampur antara yang hak dan batil. Malah kami dianggap mujassimah (menjasmanikan Allah), serta kami mengkufurkan orang-orang yang hidup sesudah abad keenam, kecuali yang mengikuti kami. Selain itu kami juga dituduh tidak mau menerima bai'ah seseorang sehingga kami menetapkan atasnya 'bahwa dia itu bukan musyrik begitu juga ibu bapanya juga bukan musyrik.'

Dikatakan lagi bahwa kami telah melarang manusia membaca selawat ke atas Nabi SAW dan mengharamkan berziarah ke kubur-kubur. Kemudian dikatakannya pula, jika seseorang yang mengikuti ajaran agama sesuai dengan kami, maka orang itu akan diberikan kelonggaran dan kebebasan dari segala beban dan tanggungan atau hutang sekalipun.

Kami dituduh tidak mau mengakui kebenaran para ahlul Bait r.a. Dan kami memaksa menikahkan seseorang yang tidak kufu serta memaksa seseorang yang tua umurnya dan ia mempunyai isteri yang muda untuk diceraikannya, kerana akan dinikahkan dengan pemuda lainnya untuk mengangkat derajat golongan kami.

Maka semua tuduhan yang diada-adakan dalam hal ini sungguh kami tidak mengerti apa yang harus kami katakan sebagai jawapan, kecuali yang dapat kami katakan hanya "Subhanaka - Maha suci Engkau ya Allah" ini adalah kebohongan yang besar. Oleh kerana itu, maka barangsiapa menuduh kami dengan hal-hal yang tersebut di atas tadi, mereka telah melakukan kebohongan yang amat besar terhadap kami.

Barangsiapa mengaku dan menyaksikan bahwa apa yang dituduhkan tadi adalah perbuatan kami, maka ketahuilah: bahwa kesemuanya itu adalah suatu penghinaan terhadap kami, yang dicipta oleh musuh-musuh agama ataupun teman-teman syaitan dari menjauhkan manusia untuk mengikuti ajaran sebersih-bersih tauhid kepada Allah dan keikhlasan beribadah kepadaNya.

Kami beri'tiqad bahwa seseorang yang mengerjakan dosa besar, seperti melakukan pembunuhan terhadap seseorang Muslim tanpa alasan yang wajar, begitu juga seperti berzina, riba' dan minum arak, meskipun berulang-ulang, maka orang itu hukumnya tidaklah keluar dari Islam (murtad), dan tidak kekal dalam neraka, apabila ia tetap bertauhid kepada Allah dalam semua ibadahnya." (Shiyanah al-Insan, m.s 475)

Khusus tentang Nabi Muhammad SAW, Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab berkata:
"Dan apapun yang kami i'tiqadkan terhadap martabat Muhammad SAW bahwa martabat baginda itu adalah setinggi-tinggi martabat makhluk secara mutlak. Dan baginda itu hidup di dalam kuburnya dalam keadaan yang lebih daripada kehidupan para syuhada yang telah dinaskan dalam al-Qur'an. Kerana baginda itu lebih utama dari mereka, dengan tidak diragu-ragukan lagi. bahwa Rasulullah SAW mendengar salam orang yang mengucapkan kepadanya. Dan adalah sunnah berziarah kepada kuburnya, kecuali jika semata-mata dari jauh hanya datang untuk berziarah ke maqamnya. Namun sunat juga berziarah ke masjid Nabi dan melakukan solat di dalamnya, kemudian berziarah ke maqamnya. Dan barangsiapa yang menggunakan waktunya yang berharga untuk membaca selawat ke atas Nabi, selawat yang datang daripada beliau sendiri, maka ia akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat."
Ini kan sangat berbeza dengan ajaran Wahabi hari ini yang melarang secara mutlak berziarah ke kubur. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini saja pegangan mereka dalam hal ziarah kubur ini mulai longgar apabila hujah-hujah mereka semuanya dipatahkan oleh ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sedunia.

Nyatalah bahawa para Wahabi yang asal tidaklah sefanatik para Wahabi dewasa ini
Tentangan Terhadap Dakwah Salafiyyah Versi Wahabi

Sebagaimana lazimnya, seorang pemimpin besar dalam suatu gerakan, maka Tuan Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab pun tidak lepas dari sasaran permusuhan dari pihak-pihak tertentu, terutamanya dari dalam Islam. Amat menghairankan, gerakan beliau langsung tidak diganggu oleh musuh-musuh luaran Islam seperti Barat. Mengapa ya?, Fikirkan…

Surat-suratnya itu dibalas oleh pihak yang menerimanya, sehingga menjadi beratus-ratus banyaknya. Mungkin kalau dibukukan niscaya akan menjadi puluhan jilid tebalnya.
Sebahagian dari surat-surat ini sudah dihimpun, diedit serta diberi ta'liq dan sudah diterbitkan, sebahagian lainnya sedang dalam proses penyusunan. Tetapi perlu diingat, man-mana surat beliau yang tidak selaras dengan fahaman Wahabi hari ini mereka diamkan. Ini semua untukmenjaga kepentingan eprjuangan Wahabi hari ini.
Ini tidak termasuk buku-buku yang sangat berharga yang sempat ditulis sendiri oleh Tuan Syeikh di celah-celah kesibukannya itu. Adapun buku-buku yang sempat ditulisnya itu berupa buku-buku pegangan dan rujukan kurikulum yang dipakai di madrasah-madrasah ketika beliau memimpin gerakan tauhid versinya.

Tentangan maupun permusuhan yang menghalang dakwahnya, muncul dalam bentuk penentangan atas nama ilmiah,agama dan politik sekaligus.
Sebahagian ulama menghukum Tuan Syeikh sebagai orang yang tersesat, sebagai kaum khawarij, sebagai orang yang ingkar terhadap ijma' ulama dan pelbagai macam tuduhan buruk lainnya. Hukuman sebegini banyak keluar setelah tenetra Wahabi melakukkan keganasan dan kekejaman ke atas umat Islam.

Golongan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang mana mereka tahu tentang hakikat perjuangan Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab dan hakikat ajarannya menentang fahaman beliau. Bhakan saudara kandungnya sendiri iaitu Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab menulis kitab menunjukkan penentangannya terhadap pemikiran Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Para Wahabi hari ini cuba berdolak-dalik dengan menagtakan kononnya kitab itu ditulis oleh orang lain. Perang pena yang terus menerus berlangsung itu, bukan hanya terjadi di masa hayat Tuan Syeikh sendiri, akan tetapi berterusan sampai kepada anak cucunya. Di mana anak cucunya ini juga ditakdirkan Allah menjadi ulama Wahabi Merekalah yang meneruskan perjuangan Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab, yang dibantu oleh para muridnya dan pendukung-pendukung ajarannya.

Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan batil sejak dari mula lagi. Tokoh pertama yang mengisytiharkan penentangan terhadapnya adalah bapanya sendiri, al-Syaikh `Abd al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-Syaikh Sulayman. Kedua-duanya adalah daripada mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh Sulayman menulis kitab yang bertajuk al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah untuk menentang dan menghentamnya. Di samping itu tentangan juga dihadapkan kepadanya oleh sepupunya, `Abdullah bin Husayn.

Mufti Makkah, Zaini Dahlan mengatakan: “ `Abd al-Wahhab, bapa kepada al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang salih dan merupakan seorang tokoh ahli ilmu, begitulah juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awal lagi iaitu pada ketika Muhammad mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Kedua-duanya telah mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut memperingatkan orang ramai mengenai bahayanya pemikiran Muhammad...”

Demikianlah perjuangan Tuan Syeikh yang berawal dengan lisan, lalu dengan pena dan seterusnya dengan senjata, telah didukung sepenuhnya oleh Amir Muhammad bin Saud, penguasa Dar'iyah.
Beliau memulakan jihad versinya dengan pedang pada tahun 1158 H. Dakwa kaum Wahabi:
“Sebagaimana kita ketahui bahwa seorang da'i ilallah, apabila tidak didukung oleh kekuatan yang mantap, pasti dakwahnya akan surut, meskipun pada tahap pertama mengalami kemajuan. Namun pada akhirnya orang akan jemu dan secara beransur-ansur dakwah itu akan ditinggalkan oleh para pendukungnya.”
Ini amat berbeza dengan perjuangan jihad Rasulullah. Bagi Wahabi, kalau dakwah lambat berjalan, maka senjatalah gantinya.

Oleh kerana itu, maka kekuatan yang paling ampuh untuk mempertahankan dakwah dan pendukungnya, tidak lain harus didukung oleh senjata. Dan inilah yang menjadi keutamaan pergerakan Wahabi. Kerana masyarakat yang dijadikan sebagai objek daripada dakwah kadangkala tidak mampan dengan lisan maupun tulisan dalam masa yang singkat (sedangkan para Wahabi jenis yang tidak sabar untuk melihat kejayaan), akan tetapi mereka harus diiring dengan senjata, maka waktu itulah perlunya memainkan peranan senjata.

Firman Allah SWT yang dijadikan hujah mereka:
"Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami, dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi umat manusia, dan supaya Allah mengetahi siapa yang menolong (agama)Nya dan RasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa." (al-Hadid:25)

Ayat di atas menerangkan bahwa Allah SWT mengutus para RasulNya dengan disertai bukti-bukti yang nyata untuk menumpaskan kebatilan dan menegakkan kebenaran. Di samping itu pula, mereka dibekalkan dengan Kitab yang di dalamnya terdapat pelbagai macam hukum dan undang-undang, keterangan dan penjelasan. Juga Allah menciptakan neraca (mizan) keadilan, baik dan buruk serta haq dan batil, demi tertegaknya kebenaran dan keadilan di tengah-tengah umat manusia.

Namun semua itu tidak mungkin berjalan dengan lancar dan stabil tanpa ditunjang oleh kekuatan besi (senjata) yang menurut keterangan al-Qur'an al-Hadid fihi basun syadid iaitu, besi waja yang mempunyai kekuatan dahsyat. Iaitu berupa senjata tajam, senjata api, peluru, senapang, meriam, kapal perang, nuklear dan lain-lain lagi, yang pembuatannya mesti menggunakan unsur besi.
Sungguh besi itu amat besar manfaatnya bagi kepentingan umat manusia yang mana al-Qur'an menta'birkan dengan Wama nafiu linasi iaitu dan banyak manfaatnya bagi umat manusia. Apatah lagi jika dipergunakan bagi kepentingan dakwah dan menegakkan keadilan dan kebenaran seperti yang telah dimanfaatkan oleh Tuan Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab semasa gerakan tauhidnya tiga abad yang lalu. Hujah inilah yang sering dilaung-laungkan oleh para Wahabi untuk menutup kekejaman kaum Wahabi suatu ketika dahulu.

Orang yang mempunyai akal yang sihat dan fikiran yang bersih akan mudah menerima ajaran-ajaran agama, sama ada yang dibawa oleh Nabi, maupun oleh para ulama. Akan tetapi bagi orang zalim dan suka melakukan kejahatan, yang diperhambakan oleh hawa nafsunya, mereka tidak akan tunduk dan tidak akan mau menerimanya, melainkan jika mereka diiring dengan senjata. Memang begitulah selayaknya untuk orang-orang yang zalim. Malangnya kaum Wahabi lebih suka menggunakan senjata sama ada kepada yang zalim ataupun tidak, kerana mereka mahukan kejayaan cepat-tidak sanggup menunggu untuk melihat kejayaan.

Demikianlah Tuan Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab dalam dakwah dan jihadnya telah memanfaatkan lisan, pena serta pastinya pedangnya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri ke atas kaum kafir, tetapi Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab melakukannya ke atas sesama Islam. Yang demikian itu telah dilakukan terus menerus oleh Tuan Syeikh Muhammad selama lebih kurang 48 tahun tanpa berhenti, iaitu dari tahun 1158 hinggalah akhir hayatnya pada tahun 1206 H.

Setelah beliau meninggal dunia, perjuangan tersebut diteruskan pula oleh anak-anak dan cucu-cucunya, begitu juga oleh murid-murid dan pendukung-pendukung dakwahnya. Yang paling terdepan di antara mereka adalah anak-anak Syeikh sendiri, seperti Syeikh Imam 'Abdullah bin Muhammad, Tuan Syeikh Husin bin Muhammad, Syeikh Ibrahim bin Muhammad, Syeikh Ali bin Muhammad. Dan dari cucu-cucunya antara lain ialah Syeikh 'Abdurrahman bin Hasan, Syeikh Ali bin Husin, Syeikh Sulaiman bin 'Abdullah bin Muhammad dan lain-lain. Dari kalangan murid-murid beliau yang paling menonjol ialah Syeikh Hamad bin Nasir bin Mu'ammar dan ramai lagi jamaah lainnya dari para ulama Dar'iyah.
Masjid-masjid telah penuh dengan penuntut-penuntut ilmu yang belajar tentang pelbagai macam ilmu Islam, terutama tafsir, hadith, tarikh Islam, ilmu qawa'id dan lain-lain lagi. Malangnya mereka masih gagal membebaskan diri daripada fahaman Wahabi malah memburukkan lagi pemahaman Wahabi ini.

Meskipun kecenderungan dan minat masyarakat demikian tinggi untuk menuntut ilmu agama, namun mereka pun tidak ketinggalan dalam hal ilmu-ilmu keduniaan (sekular) seperti ilmu ekonomi, pertanian, perdagangan, pertukangan dan lain-lain lagi yang mana semuanya itu diajarkan di masjid dan dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehari-hari.Setelah kejayaan Syeikh Muhammad bersama keluarga Amir Ibnu Saud menguasai dan mentadbir daerah Najd, maka sasaran dakwahnya kini ditujukan ke negeri Mekah dan negeri Madinah (Haramain) dan daerah Selatan Jazirah Arab.

Mula-mula Syeikh menawarkan kepada mereka dakwahnya melalui surat menyurat terhadap para ulamanya, namun mereka tidak mau menerimanya kerana ternyata hujah-hujah yang dikemukakan beliau tidak kukuh di sisi agama Islam. Mereka tetap bertahan untuk berdakwah secara berhikmah kepada sebahagian umat Islam yang tersalah faham hingga mengkeramatkan kuburan dan menganggapnya masjid, lalu berduyun-duyun datang ke tempat itu meminta syafaat, meminta berkat, dan meminta agar dikabulkan hajat pada ahli kubur atau dengan mempersekutukan si penghuni kubur itu dengan Allah SWT. Salah faham sebahgian umat Islam masih boleh dibetulkan secara berhikmah.

Sebelas tahun setelah meninggalnya kedua tokoh mujahid ini, iaitu Syeikh dan Amir Ibnu Saud, kemudian tampillah Imam Saud bin 'Abdul 'Aziz untuk meneruskan perjuangan pendahulunya. Imam Saud adalah cucu kepada Amir Muhammad bin Saud, rakan seperjuangan Syeikh semasa beliau masih hidup.
Berangkatlah Imam Saud bin 'Abdul 'Aziz menuju tanah Haram Mekah dan Madinah (Haramain) yang dikenal juga dengan nama tanah Hijaz.

Mula-mula beliau bersama pasukannya berjaya menawan Ta'if. Penaklukan Ta'if tidak begitu banyak mengalami kesukaran kerana sebelumnya Imam Saud bin 'Abdul 'Aziz telah mengirimkan Amir Uthman bin 'Abdurrahman al-Mudhayifi dengan membawa pasukannya dalam jumlah yang besar untuk mengepung Ta'if. Pasukan ini terdiri dari orang-orang Najd dan daerah sekitarnya. Oleh kerana itu Ibnu 'Abdul 'Aziz tidak mengalami banyak kerugian dalam penaklukan negeri Ta'if, sehingga dalam waktu singkat negeri Ta'if menyerah dan jatuh ke tangan Wahabi.

Di Ta'if, pasukan Wahabi membongkar beberapa maqam yang di atasnya didirikan masjid, di antara maqam yang dibongkar adalah maqam Ibnu Abbas r.a. Masyarakat tempatan menjadikan maqam ini sebagai tempat ibadah, dan meminta syafaat serta berkat daripadanya. Namun dakwaan ini tidaklah diketahui sejauh mana benarnya.

Dari Ta'if pasukan Imam Saud bergerak menuju Hijaz dan mengepung kota Mekah. Manakala gabenor Mekah mengetahui hal ehwal pengepungan tersebut (waktu itu Mekah di bawah pimpinan Syarif Husin iaitu keturunan Nabi Muhammad saw), maka hanya ada dua pilihan baginya, menyerah kepada pasukan Wahabi atau berhijrah ke negeri lain. Ia memilih pilihan kedua, iaitu berhijrah ke Jeddah. Ini dilakukannya kerana tidak mahu kekejaman dan pembantaian Wahabi berlaku ke atas Tanah Suci. Tidak sanggup dia melihat bumi Mekah berlumuran darah, dan dia tahu yang kaum Wahabi memang tidak ada rasa bersalah untuk menodai kota Mekah. Kemudian, pasukan Saud segera masuk ke kota Mekah untuk kemudian menguasainya tanpa perlawanan sedikit pun. Tepat pada waktu fajar, Muharram 1218 H, kota suci Mekah sudah berada di bawah kekuasaan Wahabi sepenuhnya.

Seperti biasa, pasukan Wahabi sentiasa mengutamakan sasarannya untuk menghancurkan patung-patung yang dibuat dalam bentuk kubah di perkuburan yang dianggap keramat, yang semuanya itu kononnya boleh mengundang kemusyrikan bagi kaum Muslimin. Padahal jika mereka mengikut perilaku Rasulullah yang penuh hikmah, pasti mereka menumpukan untuk membetulkan hati-hati manusia terlebih dahulu. Apabila hati-hati manusia berjaya ditarbiyyah, maka dengan sendirinya binaan-binaan itu akan mereka runtuhkan tanpa sebarang kekerasan. Amat jauh bezanya dakwah Rasulullah dan para sahabat dnegan dakwah kaum Wahabi. Maka semua lambang-lambang yang didirikan di atas kuburan yang berbentuk kubah-kubah masjid di seluruh Hijaz, semuanya diratakan, termasuk kubah yang didirikan di atas kubur Saiditina Khadijah r.a, isteri Nabi kita Muhammad SAW. Bersamaan dengan itu mereka melantik sejumlah guru, da'i, mursyid serta hakim untuk ditugaskan di daerah Hijaz.

Hampir-hampir saja mereka mencemarkan makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Mereka hendak membuang binaan makan, hendak mengubah mayat dan pelbagai lagi cadangan. Namun terpaksa dibatalkan apabial seluruh dunia Islam berikrar untuk bangun berjihad ke atas mereka seandainya itu dilakukan. Rupanya mereka lebih takutkan manusia daripada hukum Allah yang menjadi asas pegangan mereka iaitu mana-mana kuburan tidak boleh dihias, dipagar, dibuat masjid dan sebagainya. Inilah hakikat iman kebanyakan para Wahabi.

Sesetengah ahli sejarah menyebutkan: “ Kemunculan secara tiba-tiba mazhab Wahhabi dan sewaktu mereka memegang kekuasaan di Makkah, operasi pemusnahan secara besar-besaran telah dilakukan oleh mereka dengan memusnahkan pertamanya, apa sahaja yang ada di al-Mu`alla, sebuah kawasan perkuburan Quraisy yang terdiri daripada kubah-kubah (qubbah) yang begitu banyak, termasuklah kubah-kubah Sayyidina `Abd al-Muttalib, datuk Nabi (s.`a.w), Sayyidina Abi Talib, al-Sayyidah Khadijah sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada kubah-kubah tempat kelahiran Nabi (s.`a.w), Abu Bakr dan al-Imam `Ali. Mereka juga turut memusnahkan kubah zamzam dan kubah-kubah lain di sekitar Ka`bah, seterusnya diikuti oleh kawasan-kawasan lain yang mempunyai kesan dan tinggalan orang-orang salih. Semasa mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang kekotoran sambil memukul gendang (al-tubul) dan menyanyi dengan mengeluarkan kata-kata mencaci dan menghina kubur-kubur ... sehingga dikatakan sebahagian daripada mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para salihin tersebut (untuk emnunjukkan bahawa penghuni-penghuni kuburan itu tidak boleh memberi sebarang kesan kepada manusia yang masih hidup).”

Selang dua tahun setelah penaklukan Mekah, pasukan Wahabi bergerak menuju Madinah. Seperti halnya di Mekah, Madinah pun dalam waktu yang singkat saja telah dapat dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Wahabi di bawah panglima Putera Saud bin Abdul Aziz, peristiwa ini berlaku pada tahun 1220 H. Pembantaian dan pertumpahan darah angakara angkatan Wahabi ini tidaklah boleh diperkatakan lagi. Habis bumi Nabi Muhammad diinjak-injak mereka dengan kekejaman.

Dengan demikian, daerah Haramain (Mekah - Madinah) telah jatuh ke tangan muwahidin versi Wahabi.. Dan tetaplah kawasan Hijaz berada di bawah kekuasaan muwahidin versi Wahabi (Saudi) yang dipimpin oleh keluarga Saud sehingga pada tahun 1226 H. Setelah lapan tahun wilayah ini berada di bawah kekuasaan Imam Saud, pemerintah Mesir bersama sekutunya Turki, mengirimkan pasukannya untuk membebaskan tanah Hijaz, terutama Mekah dan Madinah dari tangan muwahidin versi Wahabi sekaligus hendak mengusir mereka keluar dari daerah tersebut. Penduduk tempatan sangat mengalu-alukan kedatangan tentera Islam ini kerana mereka memang tidak sanggup hidup di bawah kekerasan Wahabi. Apatah lagi setelah sebegitu banyak kaum keluarga mereka yang dibunuh tentera Wahabi semasa mereka mencemarkan bumi Rasulullah sebelum itu.

Adapun sebab campurtangan pemerintah Mesir dan Turki itu, selain daripada permintaaan penduduk tempatan adalah kerana pergerakan muwahidin versi Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mendapat restu musuh-musuh Islam terutamanya Barat yang mahukan tentera umat Islam berpecah, kekhalifahan islam runtuh dan berperang sesama sendiri agar mereka lebih mudah menguasai wilayah dan pemikiran umat Islam.. Oleh kerana musuh-musuh kekhalifahan Islam nampak yang Wahabi boleh dijadikan duri dalam daging, maka mereka menyokong pergerakan tersebut. Khalifah Islam mulai sedar akan taktik kotor Barat ini, maka menyerbulah pasukan Mesir dan Turki ke negeri Hijaz untuk membebaskan kedua-dua kota suci Mekah dan Madinah dari cengkaman kaum Wahabi, sehingga terjadilah peperangan di antara Mesir bersama sekutunya Turki di satu pihak menentang pasukan Wahabi dari Najd dan Hijaz di pihak lain. Peperangan ini telah berlangsung selama tujuh tahun, iaitu dari tahun 1226 hingga 1234 H.

Dalam masa perang tujuh tahun itu tidak sedikit kerugian yang dialami oleh kedua belah pihak, terutama dari pihak pasukan Najd dan Hijaz, selain kerugian harta benda, tidak sedikit pula kerugian nyawa dan tubuh manusia. Tetapi setelah lima tahun berlangsung perang saudara di antara Mesir-Turki dan Wahabi, pihak Mesir maupun Turki sudah mulai jemu dan bosan menghadapi peperangan yang berpanjangan itu. Akhirnya, secara perlahan-lahan mereka sedar bahwa mereka telah keliru, sekaligus mereka menyedari bahwa sesungguhnya gerakan Wahabi adalah senjata sulit Barat yang berselindung di balik nama agama untuk memecah-belahkan tentera Islam, meruntuhkan kekhalifahan dan menmggalakkan pembunuhan sesama umat Islam. Maka adalah lebih baik untuk Mesir dan Turki mengerahkan 100% kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Barat.
Muhammad bin 'Abdul Wahab telah menghabiskan waktunya selama 48 tahun lebih di Dar'iyah. Keseluruhan hidupnya diisi dengan kegiatan menulis, mengajar, berdakwah dan berjihad serta mengabdi sebagai menteri penerangan Kerajaan Saudi di Tanah Arab. Beliau kembali ke rahmatullah pada tanggal 29 Syawal 1206 H, bersamaan dengan tahun 1793 M, dalam usia 92 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Dar'iyah (Najd). Namun selepas pemergiannya, para pendokongnya mula mengekstremkan ajarannya lalu menjadilah ia Fahaman Wahabi sebagaimana yang ada hari ini. Sebab itu kalau kita perhatikan, kebanyankan isi kitabnya tidak selaras dengan perlakuan para Wahabi hari ini. Seandainyalah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menyaksikan Fahaman Wahabi hari ini, pasti beliau sendiri akan menentangnya.
Para pengikutnya telah meneruskan mazhabnya. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentera yang besar terdiri daripada 20 000 orang dan melakukan serangan ganas ke atas kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana sama ada mereka berbangsa Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Tentera Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jenayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih lagi, sehingga disebutkan seramai 20 000 orang. Serangan ke atas Karbala dan sekitarnya memakan masa lebih kurang 12 tahun. Bayangkan keroskan jiwa dan harta yang mereka lakukan.
Fenomena penyimpangan dan pengekstreman ajaran Syeikh ini bahkan telah ada pada masa hidup beliau lagi. Sehingga Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri harus bersusah payah untuk meluruskannya. Dalam risalahnya kepada penduduk al Qushaim ia menulis: "Terdengar bahwa ajaran Sulaiman bin Shuhaim telah sampai kepada kalian, dan sebagian orang yang terpelajar dari kalian menerima dan membenarkan apa yang didakwahkannya. Demi Allah, orang tersebut berdusta terhadapku, dan menisbahkan kepadaku apa-apa yang tidak aku katakan serta tidak pernah terdetik dalam hatiku. Antara lain, Ia mengatakan bahwa: aku mencampakkan kitab-kitab mazhab fiqh yang empat, bahwa aku berkata: manusia semenjak enam ratus tahun tidak beragama (maksudnya dia menganggap umat islam sebelumnya tetap bermanhaj Salafi, buka seperti dakwaan Wahabi hari ini) bahwa aku mendakwa berijtihad (beliau mengaku tidak sampai ke tahap seorang mujtahid), bahwa aku keluar dari taklid (maksudnya beliau tidak menentang orang ramai untuk bertaqlid, Wahabi kini menentang taqlid), bahwa aku berkata: ikhtilaf ulama adalah bencana, bahwa aku mengkafirkan orang yang bertawassul dengan orang-orang shaleh (nyata beliau tidak emnentang tawasul), bahwa aku mengkafirkan al Bushirie karena ia berkata: "Wahai makhluk yang paling pemurah, bahwa aku berkata: jika aku dapat menghancurkan kubah Rasulullah Saw niscaya akan aku hancurkan, bahwa jika bisa aku akan mencabut pancoran emas Kabah dan menggantikannya dengan kayu, bahwa aku mengharamkan ziarah ke makam Rasulullah Saw,
bahwa aku mengingkari ziarah ke makam dua orang tua dan kepada orang
lain, bahwa aku mengkafirkan orang yang bersumpah bukan dengan nama
Allah,
Bahwa aku mengkafirkan Ibn Faridl dan Ibn Arabi (nyata beliau tidak emenentang dunia tasauf kesufian sebgaimana Wahabi hari ini),
bahwa aku membakar kitab Dalail Khairat dan Riadl Rayyahin, serta aku namakan sebagai Riyadl Syayathin. Jawabku terhadap semua dakwahan itu adalah:
"Subhanallah, semua itu adalah kebohongan yang amat jelas."
(Lihat: risalah pertama dari risalah pribadi beliau dalam Majmuat Muallafat Syeikh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, bagian lima, diterbitkan oleh Universitas Islam Imam Muhammad bin Saud).
Dalam jawabannya terhadap Syeikh Suwaidy, seorang ulama Irak yang menanyakannya tentang berbagai ajaran dan sikap yang dinisbahkan kepadanya, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab menjawab:
" Tentang kebohongan yang akan malu orang yang mempunyai akal untuk mengungkapkan, apalagi jika sampai sengaja mengada-adanya; yaitu seperti engkau tanyakan: bahwa aku mengkafirkan semua orang yang tidak mengikuti aku, sungguh aneh!, bagaimana hal itu dapat diterima rasio orang yang berakal, apakah ada orang muslim yang berkata seperti itu?."
(Lihat: Bagian kelima, risalah-risalah pribadi, halaman: 37, Majmuat muallafat Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab).
Lihatlah, betapa jauh bezanya dakwah Syeikh Muhammad bin Abdil Wahab dengan dakwah para Wahabi hari ini.
Pihak berfahaman Wahabi sering merasa merekalah paling benar, merekalah satu-satunya golongan yang terselamat daripada 73 golongan umat Islam. Ini merupakan hal yang wajar, golongan manapun jika mendahulukan egoisme dan hawa nafsu belaka maka akan berpecah belah. Perpecahan puak-puak Wahabi sebagai contohnya di Indonesia saja menjadi beberapa kelompok seperti: kelompok Al-Sofwah & Al-Haramain Jakarta; Imam Bukhari Solo, Al-Furqan Gresik, Islamic Center Bin Baaz & Jamilurahman As-Salafy Jogya; FKAWJ & Lasykar Jihad Jakarta; Dhiyaus Sunnah Cirebon. Ini belum termasuk kelompok Wahabi yang telah ditahdzir dan kemudian taubat, tetapi tidak bergabung dengan Wahabi dan membentuk kelompok-kelompok sendiri. Sesama kelompok Wahabi ini pula saling berbalah, bahkan hingga ke taraf sesat-menyesat. Yang nyata sekarang mereka bukanlah 1 golongan yang terselamat itu tetapi entah berapa golongan yang semuanya terseleweng sama ada sedikti ataupun banyak.
Sedangkan golongan-golongan Islam lain, tidak mengalami perpecahan internal separah yang dialami Wahabi di Indonesia, bahkan secara internal mereka solid. Kita bisa merujuk kepada NU, Muhammadiyah, Ikhwanul Muslimin/Tarbiyah/PKS, Hizbut Tahrir, Persis, Al-Irsyad, Jamaah Tabligh, dan lain-lain, mereka lebih tahan terhadap perpecahan internal karena karakter mereka memang berbeza dengan puak-puak Wahabi.
Di Indonesia, Laskar Jihad yang taksub berfahaman Wahabi, juga anti-politik memaksa Ikhwanul Muslimin (diasaskan oleh asy-Syahid Hassan al-Banna. Tokoh-tokoh lainnya seperti Syed Qutb, Mustafa Masyhur, Hassan Hudhaibi, Abdul Fattah Abu Ghudah, Mustafa Sibaie, Yusof Qaradhawi, Tilmisani) Indonesia terlibat dalam perbalahan hebat.
Orang awam yang baru mengenal Wahabi (yang berlindung di seblaik nama Salafi) menjadi kebingungan, bagaimana mungkin satu golongan yang meyakini selamat dan masuk syurga, tetapi secara internal mereka sendiri berpecah belah. Lantas mana golongan Wahabi yang asli, yang selamat dan masuk syurga itu?. Kembali kepada kaedah yang diyakini Wahabi: Kebenaran hanya satu sedangkan kesesatan jumlahnya banyak sekaliâ, maka berarti salah satu kelompok Wahabi saja yang asli dan yang lain sesat dan bidaah, atau bisa jadi semuanya Wahabi adalah palsu!
Puak Wahabi dari Yaman antara yang paling ekstrem di kalangan puak-puak Wahabi yang memang semuanya ekstrem itu. Mereka menulis sebuah buku bertajuk “al-Qaradhawi fil al Mizan” (Qaradhawi Dalam Timbangan) yang mengkritis sama ada Qaradhawi Islam tulen atau munafik. Tapi isi buku ini menjurus kea rah memunafikkan Qaradhawi. Golongan ini sangat bencikan Ikhwanul Muslimin kerana sememangnya Ikhwanul Muslimin tidak bermanhajkan Wahabi. Yang peliknya ada pula Wahabi di Malaysia yang cuba mengaitrkan tokoh-tokoh Ikhwan sebagai daripada golongan mereka.
Lihat pula apa pegangan tokoh-tokoh Wahabi: Ibnu Baz berkata: “penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela”. (Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwal Sifat, m/s: 19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah lilifta' ). Maksudnya Allah Taala ada jisim.
Soleh bin Fauzan berkata: “pengikut Asya’irah dan Maturidi tidak layak digelar sebagai Ahli sunnah wal jamaah”. (Min Masyahir Almujaddidin Fil Islam, m/s: 32, terbitan: Riasah ‘Ammah lilifta' ) Maksudnya selama ratusan tahun sebelum kedatangan Wahabi semua umat Islam yang rata-rata pengikut Asyaariah dan Maturudi dikira bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah- sesat. "kebanyakan Ahlussunnah mengkafirkan pengikut asya’irah."(Fathul Majid, Karangan: Abdul Rahman m/s 353 Terbitan maktabah Darul Salam, Riyadh.)
Umat Islam termasuklah para wali Allah yang mengikut Asyaariah adalah kafir! Anda, ibu bapa dan datuk nenek anda kafir sebenarnya! “Silahkan anda meneliti ayat-ayat yang datang untuk melengkapi dan menjelaskan ayat yang memerintahkan untuk mempersiapkan kekuatan (yang dimaksud adalah QS. Al Anfal ayat ke: 60) maka anda akan mengetahui bahwa jihad yang paling utama hari ini -saat kita dalam kelemahan seperti sekarang ini- adalah menahan diri dari berjihad.” (Fatwa Syeikh Muahmmad Ibrahim Syaqrah dlm Hiya As Salafiyatu Nisbatan wa Aqidatan wa Manhajan hal. 204). Maksudnya jangan berjihad. Jadi, tak perlulah berjihad di Palestine- serahkan saja kepada Israel. Begitulah agaknya.
Ini selaras dengan fatwa Al-Marhum Ben Baaz, Mufti Arab Saudi yg menghalalkan Tentera Kafir Amerika dan sekutunya berkampung di Arab Saudi dan menyerang Iraq! Ben Baaz juga mengeluarkan fatwa haramnya fotografi, harus berdamai dengan Israel dan harus membantu tentera Amerika.
Syeikh Wahabi iaitu Rabiul Madkhali pula menghukum kafir kepada tokoh Ikhwanul Muslimin-Syed Qutb atas kelancangannya menentang pemerintahan sekular.
Berikut adalah ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menolak Wahabi:
1. Al-Ahsa'i Al-Misri, Ahmad (1753-1826): beliau menulis kitab (tidak diterbitkan) khusus untuk menolak faham wahabi (salafi) . Anak beliau Shaykh Muhammad ibn Ahmad ibn `Abd al-Latif al-Ahsa'i juga menulis kitab dengan tujuan yang sama.
2. Al-Ahsa'i, Al-Sayyid `Abd al-Rahman : menulis 60 bait puisi tentang malapetaka Wahabi, dimulai dengan bait : Badat fitnatun kal layli qad ghattatil aafaaqa, wa sha``at fa kadat tublighul gharba wash sharaqa (Fitnah telah datang seperti senja kala menutupi langit , dan menyebar luas mencapai timur dan barat)
3. Al-`Amrawi, `Abd al-Hayy, and `Abd al-Hakim Murad (Qarawiyyin University, Morocco): Al-tahdhir min al-ightirar bi ma ja'a fi kitab al-hiwar ("Warning Against Being Fooled By the Contents of the Book” - Peringatan Melawan Pembodohan Oleh Kandungan Kitab) oleh Ibn Mani`( sebuah debat dengan al maliki) an attack on Ibn `Alawi al-Maliki by a Wahhabi writer - sebuah serangan kepada Ibn `Alawi al-Maliki oleh penulis wahabi.
4. `Ata' Allah al-Makki: al-sarim al-hindi fil `unuq al-najdi ["The Indian Scimitar on the Najdi's Neck"].
5. Al-Azhari, `Abd Rabbih ibn Sulayman al-Shafi`i .Penulis Sharh Jami' al-Usul li ahadith al-Rasul, kitab dasar Usul al-Fiqh: Fayd al-Wahhab fi Bayan Ahl al-Haqq wa man dalla `an al-sawab, vol 4 - The author of Sharh Jami' al-Usul li ahadith al-Rasul, a basic book of Usul al-Fiqh: Fayd al-Wahhab fi Bayan Ahl al-Haqq wa man dalla `an al-sawab, 4 vols. ["Allah's Outpouring in Differentiating the True Muslims From Those Who Deviated From the Truth"].
6. Al-`Azzami, `Allama al-shaykh Salama (d. 1379H): Al-Barahin al-sati`at ["bukti2 yang bersinar..."- "The Radiant Proofs..."].
7. Al-Barakat al-Shafi`i al-Ahmadi al-Makki, `Abd al-Wahhab ibn Ahmad: kitabnya menolak faham wahabi / salafi tidak dipublikasikan - unpublished manuscript of a refutation of the Wahhabi sect.
8. Al-Bulaqi, Mustafa al-Masri : telah menulis 126 bait pusi menentang wahabi berjudul: Samnudi's "Sa`adat al-Darayn" - wrote a refutation to San`a'i's poem in which the latter had praised Ibn `Abd al-Wahhab. It is in Samnudi's "Sa`adat al-Darayn" and consists in 126 verses
9. Al-Buti, Dr. Muhammad Sa`id Ramadan (University of Damascus): Al-salafiyyatu marhalatun zamaniyyatun mubarakatun la madhhabun islami (salafiyyah adalah sebuah masa sejarah yang penuh berkah, bukan sebuah madzhab dalam Islam - "The Salafiyya is a blessed historical period not an Islamic school of law, Damascus: Dar al-fikr, 1988). Al-lamadhhabiyya akhtaru bid`atin tuhaddidu al-shari`a al-islamiyya - ["Non-madhhabism is the most dangerous innovation presently menacing Islamic law"] (Damascus: Maktabat al-Farabi, n.d)
10. Al-Dahesh ibn `Abd Allah, Dr. (Arab University of Morocco), ed. Munazara `ilmiyya bayna `Ali ibn Muhammad al-Sharif wa al-Imam Ahmad ibn Idris fi al-radd `ala Wahhabiyyat Najd, Tihama, wa `Asir - ["Scholarly Debate Between the Sharif and Ahmad ibn Idris Against the Wahhabis of Najd, Tihama, and `Asir"].
11. Dahlan, al-Sayyid Ahmad ibn Zayni (d. 1304/1886). Mufti Mekkah dan syaikhul Islam dan pemimpin agama tertinggi untuk daerah Hijaz (highest religious authority in the Ottoman jurisdiction). Kitab beliau : al-Durar al-saniyyah fi al-radd ala al-Wahhabiyyah (mutiara2 murni menjawab wahabi - "The Pure Pearls in Answering the Wahhabis"). Dan :Fitnat al-Wahhabiyyah ( fitnah wahabi - "The Wahhabi Fitna"); Khulasat al-Kalam fi bayan Umara' al-Balad al-Haram ["The Summation Concerning the Leaders of the Sacrosanct Country"], a history of the Wahhabi fitna in Najd and the Hijaz.
12. Al-Dajwi, Hamd Allah: al-Basa'ir li Munkiri al-tawassul ka amthal Muhd. Ibn `Abdul Wahhab ["The Evident Proofs Against Those Who Deny the Seeking of Intercession Like Muhammad Ibn `Abdul Wahhab"].
13. Shaykh al-Islam Dawud ibn Sulayman al-Baghdadi al-Hanafi (1815-1881 CE): al-Minha al-Wahbiyya fi radd al-Wahhabiyya ["The Divine Dispensation Concerning the Wahhabi Deviation"]; Ashadd al-Jihad fi Ibtal Da`wa al-Ijtihad ["The Most Violent Jihad in Proving False Those Who Falsely Claim Ijtihad"].
14. Al-Falani al-Maghribi, al-Muhaddith Salih: menulis buku besar jawaban2 ulama-ulama 4 madzhab dalam menangkal faham Wahabi/salafi. authored a large volume collating the answers of scholars of the Four Schools to Muhammad ibn `Abd al-Wahhab.
15. Al-Habibi, Muhammad `Ashiq al-Rahman: `Adhab Allah al-Mujdi li Junun al-Munkir al-Najdi (Siksa Allah Yang Pedih Kepada Pembangkang Gila Dari Najed - "Allah's Terrible Punishment for the Mad Rejector From Najd").
16. Al-Haddad, al-Sayyid al-`Alawi ibn Ahmad ibn Hasan ibn al-Qutb Sayyidi `Abd Allah ibn `Alawi al-Haddad al-Shafi`i: al-Sayf al-batir li `unq al-munkir `ala al-akabir (Pedang Yang Tajam Untuk Leher Pembangkang Imam2 Besar - "The Sharp Sword for the Neck of the Assailant of Great Scholars"].. Juga kitab setebal 100 halaman yang tidak dipublikasikan berjudul: Misbah al-anam wa jala' al-zalam fi radd shubah al-bid`i al-najdi al-lati adalla biha al-`awamm ( lampu ummat manusia dan cahaya penerang pada kegelapan berkenaan dengan sanggahan pada kerusakan dan bid’ah dari najed yang mana dia telah menyesatkan orang2 awam - "The Lamp of Mankind and the Illumination of Darkness Concerning the Refutation of the Errors of the Innovator From Najd by Which He Had Misled the Common People"].
17. Al-Hamami al-Misri, Shaykh Mustafa: Ghawth al-`ibad bi bayan al-rashad - ["The Helper of Allah's Servants According to the Affirmation of Guidance"].
18. Al-Hilmi al-Qadiri al-Iskandari, Shaykh Ibrahim: Jalal al-haqq fi kashf ahwal ashrar al-khalq ["The Splendor of Truth in Exposing the Worst of People] (pub. 1355H).
19. Al-Husayni, `Amili, Muhsin (1865-1952). Kashf al-irtiyab fi atba` Muhammad ibn `Abd al-Wahhab ["The Dispelling of Doubt Concerning the Followers of Muhammad ibn `Abd al-Wahhab"]. [Yemen?]: Maktabat al-Yaman al-Kubra, 198?.
20. Ibn `Abd al-Latif al-Shafi`i, `Abd Allah: Tajrid sayf al-jihad `ala mudda`i al-ijtihad ["The drawing of the sword of jihad against the false claimants to ijtihad"]. The family of Ibn `Abd al-Razzaq al-Hanbali in Zubara and Bahrayn possess both manuscript and printed refutations by scholars of the Four Schools from Mecca, Madina, al-Ahsa', al-Basra, Baghdad, Aleppo, Yemen and other Islamic regions.
21. Ibn `Abd al-Wahhab al-Najdi, `Allama al-Shaykh Sulayman (elder brother of Muhammad ibn `Abd al-Wahhab - kakak kandung dajjal muhammad ibn wahhab) ; al-Sawa'iq al-Ilahiyya fi al-radd 'ala al-Wahhabiyya ( halilintar yang hebat dalam menjawab wahabi). ["Divine Lightnings in Answering the Wahhabis"]. Ed. Ibrahim Muhammad al-Batawi. Cairo: Dar al-insan, 1987. Offset reprint by Waqf Ikhlas, Istanbul: Hakikat Kitabevi, 1994. Prefaces by Shaykh Muhammad ibn Sulayman al-Kurdi al-Shafi`i and Shaykh Muhammad Hayyan al-Sindi (Muhammad Ibn `Abd al-Wahhab's shaykh) to the effect that Ibn `Abd al-Wahhab is "dall mudill" ("misguided and misguiding").
22. Ibn `Abidin al-Hanafi, al-Sayyid Muhammad Amin: Radd al-muhtar `ala al-durr al-mukhtar, Vol. 3, Kitab al-Iman, Bab al-bughat. ["Answer to the Perplexed: A Commentary on "The Chosen Pearl,"" Book of Belief, Chapter on Rebels]. Cairo: Dar al-Tiba`a al-Misriyya, 1272 H.
23. Ibn `Afaliq al-Hanbali, Muhammad Ibn `Abdul Rahman: Tahakkum al-muqallidin bi man idda`a tajdid al-din (sindiran tajam para muqallid kepada mereka yang menuntut pembaharuan agama).Sebuah kitab yang meliputi banyak hal yang mana membuktikan kesesatan wahabi/ salafi dan tidak bisa dijawab oleh muhammad ibn wahab dan pengikutnya. [Sarcasm of the muqallids against the false claimants to the Renewal of Religion]. A very comprehensive book refuting the Wahhabi heresy and posting questions which Ibn `Abdul Wahhab and his followers were unable to answer for the most part.
24. Ibn Dawud al-Hanbali, `Afif al-Din `Abd Allah: as-sawa`iq wa al-ru`ud (kilatan halilintar). Sebuah kitab yang sangat penting ,terdiri dari 20 jilid . Menurut mufti yaman Shaykh al-`Alawi ibn Ahmad al-Haddad, kitab ini telah mendapat pengakuan dari para ulama Basra, Baghdad, Aleppo, and Ahsa' [Arabian peninsula]. ["Lightnings and thunder"], a very important book in 20 chapters. According to the Mufti of Yemen Shaykh al-`Alawi ibn Ahmad al-Haddad, the mufti of Yemen, "This book has received the approval of the `ulama of Basra, Baghdad, Aleppo, and Ahsa' [Arabian peninsula]. It was summarized by Muhammad ibn Bashir the qadi of Ra's al-Khayma in Oman."
25. Ibn Ghalbun al-Libi : menulis 40 bait puisi al-San`ani, diawali dengan bait : Salami `ala ahlil isabati wal-rushdi Wa laysa `ala najdi wa man halla fi najdi (salamku kepada orang2 benar dan terbimbing, kecuali orang2 najed dan kepada yang berpendirian seperti orang2 najed).
26. Ibn Khalifa `Ulyawi al-Azhari: Hadhihi `aqidatu al-salaf wa al-khalaf fi dhat Allahi ta`ala wa sifatihi wa af`alihi wa al-jawab al-sahih li ma waqa`a fihi al-khilaf min al-furu` bayna al-da`in li al-salafiyya wa atba` al-madhahib al-arba`a al-islamiyya. ["This is the doctrine of the Predecessors and the Descendants concerning the divergences in the branches between those who call to al-salafiyya and the followers of the Four Islamic Schools of Law"] (Damascus: Matba`at Zayd ibn Thabit, 1398/1977.
27. Kawthari al-Hanafi, Muhammad Zahid. Maqalat al-Kawthari. (Cairo: al-Maktabah al-Azhariyah li al-Turath, 1994). (Cairo: al-Maktabah al-Azhariyah li al-Turath, 1994).
28. Al-Kawwash al-Tunisi, `Allama Al-Shaykh Salih his refutation of the Wahhabi sect is contained in Samnudi's volume: "Sa`adat al-darayn fi al-radd `ala al-firqatayn.
29. Khazbek, Shaykh Hasan: Al-maqalat al-wafiyyat fi al-radd `ala al-wahhabiyyah. ["Complete Treatise in Refuting the Wahhabis"].
30. Makhluf, Muhammad Hasanayn: Risalat fi hukm al-tawassul bil-anbiya wal-awliya. ["Treatise on the Ruling Concerning the Use of Prophets and Saints as Intermediaries"].
31. Al-Maliki al-Husayni, Al-muhaddith Muhammad al-Hasan ibn `Alawi: Mafahimu yajibu an tusahhah. ["Notions that should be corrected"] 4th ed. (Dubai: Hashr ibn Muhammad Dalmuk, 1986); Muhammad al-insanu al-kamil ["Muhammad, the Perfect Human Being"] 3rd ed. (Jeddah: Dar al-Shuruq, 1404/1984).
32. Al-Mashrifi al-Maliki al-Jaza'iri: Izhar al-`uquq mimman mana`a al-tawassul bil nabi wa al-wali al-saduq. ["The Exposure of the Disobedience of Those Who Forbid Using the Intermediary of the Prophets and the Truthful Saints].
33. Al-Mirghani al-Ta'ifi, `Allama `Abd Allah ibn Ibrahim (d. 1793): Tahrid al-aghbiya' `ala al-Istighatha bil-anbiya' wal-awliya. ["The Provocations of the Ignorant Against Seeking the Help of Prophets and Saints"] (Cairo: al-Halabi, 1939).
34. Mu'in al-Haqq al-Dehlawi (d. 1289): Sayf al-Jabbar al-maslul `ala a`da' al-Abrar. ["The Sword of the Almighty Drawn Against the Enemies of the Pure Ones"].
35. Al-Muwaysi al-Yamani, `Abd Allah ibn `Isa. Unpublished manuscript of a refutation of the Wahhabi sect.
36. Al-Nabahani al-Shafi`i, al-qadi al-muhaddith Yusuf ibn Isma`il (1850-1932): Shawahid al-Haqq fi al-istighatha bi sayyid al-Khalq (s). ["The Proofs of Truth in the Seeking of the Intercession of the Prophet"].
37. Al-Qabbani al-Basri al-Shafi`i, Allama Ahmad ibn `Ali. A manuscript treatise in approximately 10 chapters.
38. Al-Qadumi al-Nabulusi al-Hanbali: `AbdAllah: Rihlat. ["Journey"].
39. Al-Qazwini, Muhammad Hasan, (d. 1825). Al-Barahin al-jaliyyah fi raf` tashkikat al-Wahhabiyah Ed. Muhammad Munir al-Husayni al-Milani. 1st ed. Beirut: Mu'assasat al-Wafa', 1987. ["The Plain Demonstrations That Dispel the Aspersions of the Wahhabis"]. Ed. Muhammad Munir al-Husayni al-Milani. 1st ed. Beirut: Mu'assasat al-Wafa', 1987.
40. Al-Qudsi: al-Suyuf al-Siqal fi A`naq man ankara `ala al-awliya ba`d al-intiqal. ["The Burnished Swords on the Necks of Those Who Deny the Role of Saints After Their Leaving This World"].
41. Al-Rifa`i, Yusuf al-Sayyid Hashim, President of the World Union of Islamic Propagation and Information: Adillat Ahl al-Sunna wa al-Jama`at aw al-radd al-muhkam al-mani` `ala munkarat wa shubuhat Ibn Mani` fi tahajjumihi `ala al-sayyid Muhammad `Alawi al-Maliki al-Makki (Kuwait: Dar al-siyasa, 1984). ["The Proofs of the People of the Way of the Prophet and the Muslim Community: or, the Strong and Decisive Refutation of Ibn Mani`'s Aberrations and Aspersions in his Assault on Muhammad `Alawi al-Maliki al-Makki"] (Kuwait: Dar al-siyasa, 1984).
42. Al-Samnudi al-Mansuri, al-`Allama al-Shaykh Ibrahim: Sa`adat al-darayn fi al-radd `ala al-firqatayn al-wahhabiyya wa muqallidat al-zahiriyyah. ["Bliss in the Two Abodes: Refutation of the Two Sects, Wahhabis and Zahiri Followers"].
43. Al-Saqqaf al-Shafi`i, Hasan ibn `Ali, Islamic Research Intitute, Amman, Jordan: al-Ighatha bi adillat al-istighatha wa al-radd al-mubin `ala munkiri al-tawassul , Ilqam al hajar li al-mutatawil `ala al-Asha`ira min al-Bashar ["The Stoning of All Those Who Attack Ash'aris"]; juga kitab beliau : Ilqam al hajar li al-mutatawil `ala al-Asha`ira min al-Bashar, dan juga : Qamus shata'im al-Albani wa al-alfaz al-munkara al-lati yatluquha fi haqq ulama al-ummah wa fudalai'ha wa ghayrihim...( Encyclopedia Tanggapan2 Albani yang Mengerikan , yang mana dipakai nya untuk menentang para ulama pemimpin ummat terkenal, dan lainnya…) ["Encyclopedia of al-Albani's Abhorrent Expressions Which He Uses Against the Scholars of the Community, its Eminent Men, and Others..."] Amman : Dar al-Imam al-Nawawi, 1993.
44. Al-Sawi al-Misri: Hashiyat `ala al-jalalayn. ["Commentary on the Tafsir of the Two Jalal al-Din"].
45. Sayf al-Din Ahmed ibn Muhammad : Al-Albani Unveiled: An Exposition of His Errors and Other Important Issues, 2nd ed. (London: s.n., 1994).
46. Al-Shatti al-Athari al-Hanbali, al-Sayyid Mustafa ibn Ahmad ibn Hasan, Mufti of Syria: al-Nuqul al-shar'iyyah fi al-radd 'ala al-Wahhabiyya. ["The Legal Proofs in Answering the Wahhabis"].
47. Al-Subki, al-hafiz Taqi al-Din (d. 756/1355): Al-durra al-mudiyya fi al-radd `ala Ibn Taymiyya ["The Luminous Pearl: A Refutation of Ibn Taymiyya"]; ed. Muhammad Zahid al-Kawthari .Juga kitabnya : Al-rasa'il al-subkiyya fi al-radd `ala Ibn Taymiyya wa tilmidhihi Ibn Qayyim al-Jawziyya, ed. Kamal al-Hut ["Subki's treatises in Answer to Ibn Taymiyya and his pupil Ibn Qayyim al-Jawziyya"] (Beirut: `Alam al-Kutub, 1983 - Beirut: `Alam al-Kutub, 1983], Al-sayf al-saqil fi al-radd `ala Ibn Zafil ["The Burnished Sword in Refuting Ibn Zafil (Ibn Qayyim al-Jawziyya)"] Cairo: Matba`at al-Sa`ada, 1937. Juga kitab beliau : Shifa' al-siqam fi ziyarat khayr al-anam . ["The healing of the sick in visiting the Best of Creation"].
48. Sunbul al-Hanafi al-Ta'ifi, Allama Tahir: Sima al-Intisar lil awliya' al-abrar. ["The Mark of Victory Belongs to Allah's Pure Friends"].
49. Al-Tabataba'i al-Basri, al-Sayyid. also wrote a reply to San`a'i's poem which was excerpted in Samnudi's Sa`adat al-Darayn. After reading it, San`a'i reversed his position and said: "I have repented from what I said concerning the Najdi."
50. Al-Tamimi al-Maliki, `Allama Isma`il (d. 1248), Shaykh al-Islam in Tunis. Shaykh al-Islam in Tunis: wrote a refutation of a treatise of Ibn `Abd al-Wahhab.
51. Al-Wazzani, al-Shaykh al-Mahdi, Mufti of Fes, Morocco. Mufti of Fes, Morocco: Wrote a refutation of Muhammad `Abduh's prohibition of tawassul.
52. al-Zahawi al-Baghdadi, Jamil Effendi Sidqi (d. 1355/1936): al-Fajr al-Sadiq fi al-radd 'ala munkiri al-tawassul wa al-khawariq Pub. 1323/1905 in Egypt. ["The True Dawn in Refuting Those Who Deny the Seeking of Intercession and the Miracles of Saints"] Pub. 1323/1905 in Egypt.
53. Al-Zamzami al-Shafi`i, Muhammad Salih, Imam of the Maqam Ibrahim in Mecca. Imam of the Maqam Ibrahim in Mecca, wrote a book in 20 chapters against them according to al-Sayyid al-Haddad.
54. Ahmad, Qeyamuddin. The Wahhabi movement in India. 2nd rev. ed. New Delhi : Manohar, 1994. The Wahhabi movement in India. 2nd rev. ed. New Delhi : Manohar, 1994.
Puak Wahabi mencanangkan The Kingdom of Saudi Arabia, tapi lihatlah sistem pemerintahan mereka- milik keturunan Saud saja. Beginikah contoh daripada Rasulullah dan Khualafa ar-Rasyidin?
Sungguhpun begitu, segala pekerjaan baik Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab tidaklah kita nafikan, Cuma yang buruknya mesti kita maklumkan kepada saudara-saudara kita se-Islam sebagai panduan mereka. Semoga Allah melapangkan kuburnya, dan menerima segala amal solehnya serta mendapatkan tempat yang layak di sisi Allah SWT. Amin
(Anonim)

No comments:

Powered by Blogger.